aku masak dah jam 6 petang ekoran segala lauk pauk yang dah melicin itupun nasib baik abahnya balik jam 6 sempatlah masak sikit. adalah dibawa balik ayam, ikan selar, ikan kerisi dan nyor beserta timun. tengok pada bende yang dibawak balik aku putuskan masak gulai ikan + timun. ayamlak aku potong kecil2 digaul dengan sedikit kicap+sos cili+kunyit.goreng jangan garing nanti tak sedap..pastu goreng lada besar dan bwang hingga layu. gaul dengan ayam tadi. rasanya sangatlah sedap dan tidak muak. abah dia sorang je yang berbukak aku dan ain dah kenyang. rutin masa bujang2 dulu kembali dalam hidup abahnya. berbukak hanya dengan kuih-muih. past terawih baru kelaparan cari nasik.
vangga jugak sebab dalam 30 minit je aku dah siap masak 2 lauk tu siap masak nasik sekali. aku masak nasik atas dapur gas aje. uwaaaaaaaaaa...............tak beli lagi rice cooker...dapur gas dah beli itupun yang paling murah....janji ado udahlah. rice cooker aku duk tengok semua mahal2 lah mahu seratus ke atas. yang paling murah dalam 75. lagipun abah ain guna duit lebih untuk ma dia kat kampung, bulan2 puasa dia bagi lebih sikit. korbankan keperluan sendiri untuk ma kat kampung tu. bajet untuk rayapun tak ada lagi....untung kalau dapat bonus. kalau tak pandailah agihkan duit gaji bulan depan. macam tak biasa. duit akupun ada nanti. elaunku just guna untuk bayar kete. dah dekat 600 untuk kete adalah lebih dalam 700 nanti. gunalah yang tu untuk raya. duk survey baju raya ainpun tak berjaya lagi. adake ain request nak baju raya upin ipin????baju kurung pun nak baju kurung upin ipin? adake?mana aku nak cari baju kurung lagu tu. emmmmmm....tu tak masuk dialog dora dan diego lagi.
gila kartun betullah ain. tapi bagus cete dora dan diego tu. dulu dia suka tengok cete blue clues sehinggakan perkataan terima kasih selalu dibibir ain. cepat betul budak terpengaruh dengan kartun ni. yang elok2 aku suka lah buatnya tiba2 dia cakap bende buruk contoh..bodoh, babi dan lain2. aku terkejut jugak dengan budak yang baru umur 4 tahun cakap bende macam tu. memang nampak budak tu petah bercakap. tapi bab menyumpahpun petah jugak...
masa tu aku duk jemur pakaian kat ampaian (rumah flat) adalah anak jiran depan umah duk paggil kawan dia . lebih kurang ginilah bunyinya
weh...weh..ais skrim adala. weh..bodoh aku panggil ko lah. weh babi ko...:
ni kata2 budak pompuan berumur 4 tahun. aku tahu budak ni umur 4 tahun sebab ain umur 3 tahun dan dia just setahun lebih tua dari ain. memanglah gaya bercakap kalah ain yang masih tak petahr cakap. vocabpun tak banyak lagi...tapi kalau dah vocab sampai sumpah bende macam ni tak sukalah aku nak galakkan anak-anak aku walhal anak sedaraku yang umur 6 tahunpun tak guna perkataan gitu...mungkin persekitaran sekeliling budak tu kot. bila dah biasa telinga dia duk dengar bende macam tu dan ditambah tak ada yang nak marah jadi dia ingat bende tu tak salah....
* esok aku nak try masak asam pedas ikan kerisi. blum pernah aku masak stail ni. nanti nak google resepi......
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment